Hai semua.....
Sedar tak sedar dah lebih sebulan sejak blogshop kami dibuka kepada umum. Baju-baju yang telah terjual adalah sebanyak lebih kurang 100+. Maknanya.... seramai 100+ puan-puan sudah menjadi bertambah jelita juer lah kan....
Stok yang available dah tak banyak yang tinggal. Tuntutan masa bekerja dan tugas seharian sedikit pun tidak membataskan minat dan semangat kami untuk mencantikkan wanita-wanita yang juga kebanyakannya kawan-kawan kami sendiri.
Mungkin sesuai dikatakan di sini butik ini sedikit sebanyak berkembang atas sokongan dan kepercayaan kawan-kawan.
Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih sangat-sangat kepada pelanggan-pelanggan telah berpuas hati dan ada juga yang SMS tak kurang telefon kami untuk memberi komen yang hebat untuk baju-baju kami. Setakat ini yang memberi komen hebat adalah seperti (sekadar menyebut beberapa nama ya). Dalin Melaka, Emma, Sherry, En.Azman, Ibu Leha, Pn.Sawiyah, Nurul dan ramai lagi sebenarnya........
Penghantaran melalui pos nampaknya tidak ada masalah setakat ini. Kami dah pos ke Melaka, Pahang, Kepong. Mungkin ada yang dari Sabah Sarawak ingin mencuba......?
Owh - Stok baru bila?
Next week ok!!!!! Banyak baju baru dah bersusun menunggu model menggayakannya. Kalau ada yang ingin mencadangakn warna-warna yang diingini, suka corak bunga-bunga ke, corak abstrak ke, belang-belang jalur-jalur ke. Sila beri cadangan ye. Tudung juga...kalau ada yang berkenan dengan tudung yang model pakai, kami akan usahakan untuk mendapatkannya untuk anda.
Sekali lagi terima kasih banyak-banyak.
Tata & selamat berhujung minggu!!
No comments:
Post a Comment