Showing posts with label dari meja taukeh. Show all posts
Showing posts with label dari meja taukeh. Show all posts

10 January 2011

Dari Meja Taukeh - Happy New Year!!

Salam pretty ladies!!!!

ManisDesa mohon maaf banyak-banyak sebab dah dekat 4 bulan kami bertapa. Bukan apa, semuanya kerana tuntutan kerja dan keluarga. Niat di hati memang berkobar-kobar nak bukak balik butik comel kami ini. Tapi apakan daya masa kurang mengizinkan.

Anyhoo!!! Belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada pelanggan yang kami sayangi. Walaupun kami menyepi diri, nampaknya pelanggan-pelanggan kami yang jelita masih tidak lupakan kami. Ada saja yang email & messange tanya bila nak bukak balik dengan stok baru yang mengancam.

Dengan tidak membuatkan pelanggan-pelanggan kami yang manis jelita menunggu lebih lama, kami dengan ini akan aktif semula. Ayomaarttt!! Geseetttt!!! Go!!!!

Nantikan stock terbaru kami!! Dengan pilihan material baru, corak baru, warna baru...fuuhhhhh...kami sendiri kagum dengan pilihan yang ada.

Nantikan juga, baju custom made kami. Akan datang ye. Khas untuk pelanggan yang pernah membeli baju daripada ManisDesa dan dah tau saiz yang sesuai untuk diri masing-masing. Kami akan menghasilkan baju custom made. Adik, kakak jelita semua hanya ikut step-step yang kami akan tunjukkan nanti.

Cheers!!! Gembira bertemu anda semua sekali lagi!!!




31 August 2010

Dari Meja Taukeh - Cuti Raya

Hai all,

Sedar tak sedar dah nak raya ye? Nampaknya stok tak ada yang baru. Bukan kami tak cuba tau puan-puan, tapi memang sold out habis kat warehouse tu. Banyak butik mega besar dah bolot dulu. Maka butik-butik ciput baru belajar macam Butik Manis Desa ni nampaknya terpaksa bersabar.

Tapi actually kami tetap tak duduk diam. Last week kami join jualan Puspanita di Wisma Negeri, Seremban. Jualan amat menggalakkan. Boleh tahan lah for first timer macam kami.

Accountant kami masih lagi mengira account untuk update stok. Kalau ada lagi yang berkenan, sila email, text or comment untuk check availability ye.

So- dengan ini, Manis Desa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Bagi pelanggan-pelanggan yang amat dihormati sekalian, maaf zahir dan batin.

Jumpa after raya ye!!!

11 August 2010

Dari Meja Taukeh - Salam Ramadhan

Salam Semanis Madu!!

Puan-puan...rindu kami tak? Kami pun rindu sangat pada semua. Sempena Ramadhan yang mulia ini Manis Desa ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan harapan kami supaya puan-puan sekeluarga dapat menjalankan ibadah berpuasa dengan sempurna dan gembira hendaknya.

Stok baru? Ada.... Nantikan entry seterusnya..kejaaaaaap je lagi.

Salam Sayang dari Kami:-

~Taukeh Tan, Tun, Mie & Advisor Za~

Muackksss!!!!


23 June 2010

Dari Meja Taukeh

Salam ladies - nampaknya jualan makin panas. Demand sangat tinggi. Tak terkejar kami ini. Ada demand untuk size XS juer. Next stock kami akan update untuk size XS. Comel-comel rupanya puan-puan ini ye?

Ramai juga yang prefer cotton - maka itulah yang kami akan stock-up nanti. Hari gaji pun dah dekat, kalau ada item yang berkenan cepat-cepat booking tau. Sebab stock sangat terhad. Kalau nasib baik memang ada 2-3 pasang, tapi selalunya kami ambil sepasang saja untuk setiap design. Nak bagi exclusive lah kononnya. Supaya puan-puan tak terserempak dengan purchaser kami yang lain dengan memakai baju yang sama design hihihi...

Untuk posting, kami charge RM6 untuk setiap pasang. Kalau puan-puan beli 2 pasang kena RM12 lah. TAPI - kalau ada balance, kami akan pulangkan baki duit itu semula kepada puan-puan. Tak baik tamak & kedekut kan...hiks!

Kami sangat mengalu-alukan cadangan puan-puan jelita bagi memperbaiki lagi mutu khidmat kami. Pasal harga jangan bimbang...seboleh-boleh upaya kami akan bagi semuanya kurang dari RM100.

Ada yang nak tudungnya sekali akan kami usahakan jugak next time. Ada jugak yang nak beli model??? No no no, nehi nehi kabinehiiii model tidak dijual beli.

Jom kita sama-sama jadik cantik bergaya!!!

Yeayyy!!!

10 June 2010

Dari Meja Taukeh

Salam puan-puan jelita,
.
Hari ini bermulalah operation Butik Si Manis Desa ini. Kami mintak maaf seribu juta kali sebab gambar-gambar kurang memuaskan. Segalanya agak kelam kabut kalut kusut nervous gelisah bla..bla...
.
Jadi kami belum dapat meng-appoint model ternama untuk menggayakan baju-baju kami ini. Buat permulaan terpaksalah pintu di rumah saya menjadi modelnya. Hihih...jangan marah ye. Walaupun hanya bermodelkan pintu rumah saya, kualiti baju-baju ini memang tidak dapat disangkal. Tambah pulak dengan harganya yang memang menakjubkan kan..kan...?
.
Kami janji, untuk second batch nanti kami appoint model terbilang untuk menggayakannya.
.
Okeh puan-puan jelita!!!! Sila beri tunjuk ajar & sokongan padu!!!
.
Thanks a lot!!
.
Muackksss!!!
.