17 July 2010

Dari Meja Taukeh

Hai semua.....

Sedar tak sedar dah lebih sebulan sejak blogshop kami  dibuka kepada umum. Baju-baju yang telah terjual adalah sebanyak lebih kurang 100+. Maknanya.... seramai 100+ puan-puan sudah menjadi bertambah jelita juer lah kan....

Stok yang available dah tak banyak yang tinggal. Tuntutan masa bekerja dan tugas seharian sedikit pun tidak membataskan minat dan semangat kami untuk mencantikkan wanita-wanita yang juga kebanyakannya kawan-kawan kami sendiri.

Mungkin sesuai dikatakan di sini butik ini sedikit sebanyak berkembang atas sokongan dan kepercayaan kawan-kawan.

Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih sangat-sangat kepada pelanggan-pelanggan telah berpuas hati dan ada juga yang SMS tak kurang telefon kami untuk memberi komen yang hebat untuk baju-baju kami. Setakat ini yang memberi komen hebat adalah seperti (sekadar menyebut beberapa nama ya). Dalin Melaka, Emma, Sherry, En.Azman, Ibu Leha, Pn.Sawiyah, Nurul dan ramai lagi sebenarnya........

Penghantaran melalui pos nampaknya tidak ada masalah setakat ini. Kami dah pos ke Melaka, Pahang, Kepong. Mungkin ada yang dari Sabah Sarawak ingin mencuba......?

Owh - Stok baru bila?

Next week ok!!!!! Banyak baju baru dah bersusun menunggu model menggayakannya. Kalau ada yang ingin mencadangakn warna-warna yang diingini, suka corak bunga-bunga ke, corak abstrak ke, belang-belang jalur-jalur ke. Sila beri cadangan ye. Tudung juga...kalau ada yang berkenan dengan tudung yang model pakai, kami akan usahakan untuk mendapatkannya untuk anda.

Sekali lagi terima kasih banyak-banyak.

Tata & selamat berhujung minggu!!

12 July 2010

EDITED - 090710 Additional Stock Zebra Theme. OFFER & STOCK CLEARANCE

Hey..hey..hey...!!! Salam sejahtera! Jualan makin rancak makin panas. Kami makin tak senang duduk. Berebut kain baju di warehouse untuk memenuhi permintaan para pelanggan tersayang. Hingga tersepit-sepit di celah-celah rak pakaian semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Tidak...kami bukan mengeluh tidak juga komplen. Kami happy!!!! Happy sebab semakin ramai wanita telah bertambah jelita sejak memakai baju-baju yang dibeli dari Butik Manis Desa. Jujur kami katakan, setelah memakai baju dari butik kami sendiri ini. Bila pakai baju lama yang ditempah atau dibeli di tempat lain terasa kurang yakin dan kurang cantik. Chewaaahhh terus kami cepat-cepat sarungkan semula baju kurung Manis Desa.

Tak percaya? Sila cuba dulu ye puan-puan jelita. Nescaya mesti mendapat banyak pujian. Lepas itu jangan tunggu lama-lama untuk beli lagi dan lagi dan lagi...!

Disebabkan permintaan untuk Zebra Theme sangat tinggi. Kami sempat ambil lagi beberapa pasang yang berlainan warna juga saiz untuk anda. Saiz XL dah ada...yeayyy!!!! Jangan ingat anda berbadan sedikit besar tidak boleh bergaya ya....selepas pakai baju ini mesti sekelip mata nampak lebih slim. Jom tengok!!

Crepe Stripe Red Orange
Saiz S (088) - Available
RM65 RM55


07 July 2010

EDITED -07/07/10 New Stock - Zebra Theme!!!! OFFER & STOCK CLEARANCE

Theme Zebra? Ape ke hei ye Yob?? Ahaaa... stok baru yang menawan kalbu kali ini mostly berbelang-belang, stripe kata orang puteh nya. Semuanya mengikut permintaan pelanggan yang nak tengok baju bukan bunga-bunga pula. Segalanya untukmu wahai puan-puan jelita. Saksikan.....

Crepe Green
Size M (083)-RM65 RM55

Crepe Pink (074)
Size S-RM65 RM55
Sold to Patricia

Crepe Stripe Blue
Size L (081)-Available
Size S (085)Available
RM65 RM55
Sold to Patricia

Cepat cepat cepat!! Kalau lambat nanti kehabisan....jangan menyesal....

Nota Kaki :- Model kami ini sebenarnye bersaiz XS. Pasal itulah nampak baju yang digayakan sedikit besar untuk dia. Hihihi.... sila rujuk saiz baju di column tepi blog ye.

26 June 2010

Size Untuk Rujukan

Size XS
Baju
Bahu 14"
Labuh Baju 39"
Panjang Lengan 21"
Kain
Pinggang 24"
Ukuran lilitan punggung 40"
Labuh kain 39"

Size S
Baju
Bahu 14 1/2"
Labuh Baju 39"
Panjang Lengan 21"
Kain
Pinggang 26"
Ukuran lilitan punggung 43"
Labuh kain 39"


Size M
Baju
Bahu 15 1/2"
Labuh Baju 40"
Panjang lengan 21"
Kain
Pinggang 27"
Ukuran lilitan punggung 43"
Labuh kain 40"


Size L
Baju
Bahu 16 1/2"
Labuh Baju 41"
Panjang Lengan 22 1/2"
Kain
Pinggang 29"
Ukuran lilitan punggung 44"
Labuh kain 40"


Semua kain baju kurung kami adalah STRECTHABLE

23 June 2010

Dari Meja Taukeh

Salam ladies - nampaknya jualan makin panas. Demand sangat tinggi. Tak terkejar kami ini. Ada demand untuk size XS juer. Next stock kami akan update untuk size XS. Comel-comel rupanya puan-puan ini ye?

Ramai juga yang prefer cotton - maka itulah yang kami akan stock-up nanti. Hari gaji pun dah dekat, kalau ada item yang berkenan cepat-cepat booking tau. Sebab stock sangat terhad. Kalau nasib baik memang ada 2-3 pasang, tapi selalunya kami ambil sepasang saja untuk setiap design. Nak bagi exclusive lah kononnya. Supaya puan-puan tak terserempak dengan purchaser kami yang lain dengan memakai baju yang sama design hihihi...

Untuk posting, kami charge RM6 untuk setiap pasang. Kalau puan-puan beli 2 pasang kena RM12 lah. TAPI - kalau ada balance, kami akan pulangkan baki duit itu semula kepada puan-puan. Tak baik tamak & kedekut kan...hiks!

Kami sangat mengalu-alukan cadangan puan-puan jelita bagi memperbaiki lagi mutu khidmat kami. Pasal harga jangan bimbang...seboleh-boleh upaya kami akan bagi semuanya kurang dari RM100.

Ada yang nak tudungnya sekali akan kami usahakan jugak next time. Ada jugak yang nak beli model??? No no no, nehi nehi kabinehiiii model tidak dijual beli.

Jom kita sama-sama jadik cantik bergaya!!!

Yeayyy!!!

21 June 2010

EDITED -Crepe - STOCK CLEARANCE

Haaa... jangan terkejut sebab material crepe ni sangat cantik dipakai!!! Harganya cukup menawan juga. RM65 RM55sahaja. Cepat-cepat sebelum kehabisan.
.

Crepe Batik Purple (043)
Saiz: S
Status: Available

Crepe Yellow (036)
Saiz: L
Status: Available

Crepe Flowery Purple (046)
Saiz: S
Status: Available


14 June 2010

Announcement - NEW STOCK

Pengumuman, pengumuman!!

Nantikan stock terbaru butik kami pada hari Sabtu 19/6/2010 nanti.

Ada Viscose, Cotton, Chiffon, Crepe & Thai Silk.

Alahaaaiii cantik-cantiknya..rasa macam nak beli semua untuk pakai sendiri.

Jangan bimbang..harga tetap super cheap. Dijamin semuanya di bawah RM100. Tidak ada harga yang melebihi RM100. Itu janji kami!!!

Nantikan!!! Jangan lupa singgah ya!!! Jangan sampai gigit jari!